Katanya, sambil berbuka sambil reunion teman-teman lama.
Maaf.
Tapi Ramadhan tahun ini, Along simpan satu azam yang barangkali mungkin tidak logik pada mata kalian.
Along berazam untuk tidak mahu berbuka secara buffet, apetah lagi harga buffetnya yang melebihi apa yang Along termampu untuk makan.
Along dari dulu jenis yang makannya sedikit tapi kerap sangat.
Itu jika tidak berpuasa.
Makanya jika berbuka puasa, cukuplah sepinggan nasi dan sedikit lauk pembuka selera.
Kurma dan buah ada masanya bisa mengenyangkan Along sampai waktu Isya'.
Kuih pun jarang sekali, kecuali teringin.
Kalau dikira secara total, makan Along tidak sampai RM15.
Jadi tidak masuk akal jika Along membayar harga buffet RM48 dan ke atas dan menyiksa perut kecil Along semata-mata untuk bertemu teman-teman lama, bukan?
Along sombong.
Bila lagi, Long, nak jumpa.
Semua ada, ko je tak de.
Maafkan Along, tapi kenapa perlu tunggu Ramadhan untuk bertemu semula dan bertanya khabar?
Makanya azam Along itu Along panjangkan pada satu lagi azam yang Along simpan dari dulu.
Mujur berteman dengan Cik Cantik,Along harap Along dapat capai azam yang satu ini.
Mind you,we don't do marriage and guys talk all the time okay?
;)
So dear lovely friends and readers of this blog;
A group of friends of Cik Cantik have decided to raise some funds to sponsor iftar for the children of Rumah Nur Salam. Rumah Nur Salam, which includes Pusat Aktiviti Kanak Kanak, Chow Kit, is a 24 hour activity center and 'safehouse' that wants to provide a 'safe,' healthy and loving environment for all children under the age of 18, living or loitering, in and around the Chow Kit area of KL. Children registered at the center are given food, shelter and are exposed to educational, health and recreational activities and programs that otherwise may not be accessible to them.
Dengan itu, Along mewakili mereka ingin mengajak kalian bersama-sama menjayakan tentatif;
BERBUKA PUASA BERSAMA RUMAH NUR SALAM
Tarikh : Ahad, 30hb Ogos 2009
Tempat : Rumah Nur Salam, Kuala Lumpur
Jam : 6 petang
Tarikh : Ahad, 30hb Ogos 2009
Tempat : Rumah Nur Salam, Kuala Lumpur
Jam : 6 petang
Andai ada antara kalian yang berminat untuk turut serta menyumbang sedekah dan bersama berbuka di Rumah Nur Salam, sila ajukan sebarang pertanyaan & sumbangan kepada Cik Farina Jamal (farinajamal@gmail.com) atau kalau takut pada Cik Cantik, boleh je email pada Along di zunairazul@gmail.com
InsyaAllah, Along akan bantu kalian mana mampu.
:)
Memetik hadis pendek dari Baginda Rasullah s.a.w;

Maksudnya; Sesiapa di antara kamu berkemampuan untuk berlindung daripada neraka (dengan melakukan sedekah) walaupun dengan hanya separuh buah kurma, maka lakukanlah.
Hadis Riwayat Muslim
Semoga usaha dan niat suci kalian di bulan mulia ini diredhaiNya dan Along mewakili teman-teman yang menganjurkan program ini, mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan kalian.
Sudah semestinya, hanya DIA sahaja yang mampu membalas baik budi kalian.
Dari makan sampai meletup perut untuk RM50 sekepala semulut dan seperut, ada baiknya RM50 itu boleh menyuap 3,4 mulut kecil yang belum tentu tahu siapa ibu bapanya apetah lagi entah bila dapat merasa makan-makan yang enak.
Nah, tiba-tiba idea buffet itu tidak menarik, bukan?
Ayuh!
Semoga usaha dan niat suci kalian di bulan mulia ini diredhaiNya dan Along mewakili teman-teman yang menganjurkan program ini, mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan kalian.
Sudah semestinya, hanya DIA sahaja yang mampu membalas baik budi kalian.
Dari makan sampai meletup perut untuk RM50 sekepala semulut dan seperut, ada baiknya RM50 itu boleh menyuap 3,4 mulut kecil yang belum tentu tahu siapa ibu bapanya apetah lagi entah bila dapat merasa makan-makan yang enak.
Nah, tiba-tiba idea buffet itu tidak menarik, bukan?
Ayuh!






7 comments:
thanks dear for helping us to spread the word.
betul betul betul. semalam pun dapat jemputan berbuka dengan rakan-rakan sekolah. tapi ditolak bulat-bulat sebab RM45 satu kepala. bukan kikir, tapi tak rasional. kenapa tunggu bulan puasa baru nak buat reunion? raya kan ada. makan confirm free!
oh by the way, comel gambar budak perempuan tu. rasa nak ambik jadi anak angkat je. eh, terasa tua. jadi adik angkat sudahlah. :p
i wanna joinnnnnnnnnnn!!can i?????
mail me the details alonggggggggg
btol ckp along.
tibe2 idea buffet tu x menarik.
i would love to join tp kene check dulu sbb mak anuar nk buat kenduri one of those weekends.
will get back to u ok.
nice job, long.
Farina - thanks for involving me in it!
1412 - pengsan jap tengok kamu komen pepanjang, but yeah, we share the same sentiment. Orang Man Utd memang camni haha.
Opy - emailed already!
Wani - no problem, i'm just a YM away!
Tak pernah minat buffet berbayar pun. Kalau free, lain ceritalah. Haha. Along, kalau kita bagi duit boleh tak sebab rasanya tak dapat join coz nak balik Penang weekend ni.
Reena - boleh sesangat :) email along eyh?
Post a Comment